Information Search

Google
 

Results

Wednesday, July 27, 2011

Re: FW: RE : Program Penajaan Pelajar Cemerlang STPM 2011

Encik Shahrezan bin Md. Sheriff

Scholarships 4 STPM bagi pihak saudara Low Hong Ping mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan atas kesudian tuan memberi perhatian dan respon terhadap pertanyaan kami. Scholarships4STPM akan menyarankan para pembaca agar sabar menanti iklan permohonan PIDN pada Ogos 2011 nanti.

Kami, dari pihak Scholarships 4 STPM mohon maaf atas segala kesulitan dan kesukaran yang kami timbul.Selamat maju jaya dan terima kasih sekali lagi atas bantuan yang diberi. 

Berkhidmat Untuk Negara

Yang ikhlas,
Scholarships 4 STPM

2011/7/27 SHAHREZAN BIN MD.SHERIFF <shahrezan.sheriff@jpa.gov.my>
 

From: SHAHREZAN BIN MD.SHERIFF
Sent: Wednesday, July 27, 2011 2:40 PM
To: jameslow_***@hotmail.com
Cc: Program Penajaan Pelajar Terbaik Lepasan STPM 2011
Subject: RE : Program Penajaan Pelajar Cemerlang STPM 2011

Salam sejahtera saudara.
 
Terima kasih atas minat saudara terhadap Program Penajaan Pelajar Cemerlang STPM Bagi Tahun 2011.
 
Untuk makluman saudara, bagi Program Penajaan Pelajar Cemerlang Lepasan STPM Bagi Tahun 2011, calon-calon pelajar cemerlang STPM adalah dikenal pasti oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berdasarkan senarai pelajar cemerlang (akademik) yang menduduki peperiksaan STPM 2010. Jabatan ini hanya menawarkan Biasiswa daripada senarai yang diperoleh daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Mohon saudara menyemak dengan MPM berkaitan perkara ini.
 
Walau bagaimanapun, Jabatan ini ada menawarkan Biasiswa bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2011 kepada calon-calon yang memohon dan memenuhi syarat serta kriteria yang ditetapkan. Adalah dimohon agar saudara menyemak laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my  dari semasa ke semasa bermula bulan Ogos 2011 bagi iklan permohonan penawaran Biasiswa PIDN 2011.
 
Sekian, terima kasih.
 
 

SHAHREZAN MD. SHERIFF

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Jabatan Perkhidmatan Awam

b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Malaysia.

 

Tel.    : 03 – 8885 3373

: 03 – 8881 0743

*     : shahrezan.sheriff@jpa.gov.my  



From: James Low [jameslow_***@hotmail.com]
Sent: Tuesday, July 26, 2011 12:43 PM
To: Program Penajaan Pelajar Terbaik Lepasan STPM 2011
Subject: Program Penajaan Pelajar Cemerlang STPM 2011

Salam 1Malaysia,

Saya ialah Low Hong Ping (No. KP: 900412-14-****), calon istimewa STPM 2010 yang terbaik dalam kategori spastik. Melalui laman web eSILA, saya dimaklumkan bahawa JPA menawarkan penajaan kepada pelajar cemerlang STPM. Namun, saya tidak menerima sebarang tawaran tajaan/biasiswa daripada JPA.

Saya memperoleh 2A dan 2A- bagi STPM 2010 dan telah menerima tawaran untuk mengikuti kursus Sarjana Muda Undang-undang di Universiti Malaya.

Oleh itu, saya berharap tuan/puan akan membalas emel ini untuk menjelaskan kemusykilan saya dan menawarkan tajaan kepada saya sebagai salah satu pelajar-pelajar cemerlang STPM.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Low Hong Ping

No comments:

sponsors