Information Search

Google
 

Results

Monday, July 04, 2011

Re: FW: Pertanyaan mengenai permohonan Biasiswa JPA untuk lepasan STPM

Encik Shahrezan,

Pihak Scholarships 4 STPM ingin mungucapkan terima kasih kepada pihak tuan atas kesudian pihak tuan memberi respon mengenai pertanyaan yang ditujukan.

Kami, dari pihak Scholarships 4 STPM ingin memohon maaf atas segala kesulitan dan perasaan yang tersinggung. Selamat maju jaya dan terima kasih sekali lagi atas bantuan yang diberi.

Sekian, terima kasih

Scholarships 4 STPM

www.facebook.com/scholarships4stpm



2011/7/4 SHAHREZAN BIN MD.SHERIFF <shahrezan.sheriff@jpa.gov.my>
Salam tuan,
Untuk makluman tuan, program ini adalah merupakan program penajaan bagi calon-calon yang ditawarkan oleh Jabatan ini sahaja. Penajaan bagi program ini tidak diiklankan kepada umum kerana calon-calon telah dikenal pasti oleh Kementerian Pelajaran (KPM) berdasarkan senarai pelajar cemerlang (akademik) yang menduduki peperiksaan STPM 2010.


Sekian, terima kasih.


SHAHREZAN MD. SHERIFF
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia.

(     : 03 – 8885 3373
: 03 – 8881 0743

 
From: scholarships4stpm@gmail.com
Sent: Friday, July 01, 2011 2:02 PM
To: lspdn
Cc: esila; ismail@jpa.gov.my; abkhalil@jpa.gov.my; DATO' DR. ISMAIL BIN ALIAS; DATO' MOHD TAJUDIN BIN DON
Subject: Pertanyaan mengenai permohonan Biasiswa JPA untuk lepasan STPM

Salam perpaduan dan salam 1 Malaysia,

Merujuk perkara di atas, kami dari Scholarships 4 STPM ingin meminta panduan daripada pihak tuan/puan mengenai permohonan biasiswa JPA bagi lepasan STPM tahun 2010. Telah diketahui bahawa tawaran biasiswa JPA diumumkan terus kepada penerima melalui telefon, tanpa membuka permohonan kepada pelajar-pelajar yang lain menerusi laman web. Kami dengan ikhlasnya ingin mengetahui sebab tuan/puan mengambil pendekatan ini kerana biasanya permohonan JPA dibuat setelah kemasukan pelajar ke Universiti telah diketahui dan permohonan biasiswa JPA biasanya dijalankan pada semester ke-dua setiap sesi tahun pembelajaran. 

Diharap pihak tuan/puan boleh memberi balasan mengenai pertanyaan di atas supaya pelajar-pelajar yang berminat turut mendapat peluang untuk memohon biasiswa JPA.

Sekian, terima kasih,

"Berkhidmat Untuk Negara"

Yang ikhlas,

Scholarships 4 STPM


No comments:

sponsors