Information Search

Google
 

Results

Friday, July 01, 2011

Fwd: Pertanyaan mengenai permohonan Biasiswa JPA untuk lepasan STPM

---------- Forwarded message ----------
From: admin <scholarships4stpm@gmail.com>
Date: 2011/7/1
Subject: Pertanyaan mengenai permohonan Biasiswa JPA untuk lepasan STPM
To: lspdn@jpa.gov.my
Cc: esila@jpa.gov.my, ismail@jpa.gov.my, abkhalil@jpa.gov.my, ismailias@jpa.gov.my, tajudin.don@jpa.gov.my


Salam perpaduan dan salam 1 Malaysia,

Merujuk perkara di atas, kami dari Scholarships 4 STPM ingin meminta panduan daripada pihak tuan/puan mengenai permohonan biasiswa JPA bagi lepasan STPM tahun 2010. Telah diketahui bahawa tawaran biasiswa JPA diumumkan terus kepada penerima melalui telefon, tanpa membuka permohonan kepada pelajar-pelajar yang lain menerusi laman web. Kami dengan ikhlasnya ingin mengetahui sebab tuan/puan mengambil pendekatan ini kerana biasanya permohonan JPA dibuat setelah kemasukan pelajar ke Universiti telah diketahui dan permohonan biasiswa JPA biasanya dijalankan pada semester ke-dua setiap sesi tahun pembelajaran. 

Diharap pihak tuan/puan boleh memberi balasan mengenai pertanyaan di atas supaya pelajar-pelajar yang berminat turut mendapat peluang untuk memohon biasiswa JPA.

Sekian, terima kasih,

"Berkhidmat Untuk Negara"

Yang ikhlas,

Scholarships 4 STPM

No comments:

sponsors