Information Search

Google
 

Results

Monday, March 26, 2012

Pertanyaan mengenai biasiswa JPA bagi Pelajar Cemerlang STPM

Kepada Puan Fauzana binti Abdul Muhi,

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Merujuk perkara di atas, kami, dari pihak Scholarships 4 STPM mempunyai beberapa persoalan yang ingin dikemukakan kepada pihak Puan.

1) Adakah pelajar lepasan STPM yang telah diberi tempat di Universiti Tempatan (kursus perubatan) layak untuk memohon biasiswa JPA?


2) Bolehkah pelajar-pelajar STPM memohon biasiswa JPA untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti di luar negara?


Ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Puan atas kesudian pihak Puan untuk memberi perhatian terhadap persoalan-persoalan di atas. Diharap respon daripada pihak Puan bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah-masalah pembaca Scholarships 4 STPM, malah dapat dijadikan pedoman kepada pemohon-pemohon biasiswa akan datang.

Sekian, terima kasih

Yang ikhlas,
Scholarships 4 STPM
www.scholarships4stpm.blogspot.com
www.facebook.com/scholarships4stpm

No comments:

sponsors